Bengkel ialah tempat khas untuk murid menjalankan kerja-kerja pertukangan dan pemasangan seperti kerja kayu, logam, dan elektrik. Murid hendaklah mengamalkan peraturan keselamatan dan etika kerja supaya keadaan bengkel sentiasa kemas dan teratur. Keadaan ini juga membuatkan murid berasa selesa dan selamat untuk melakukan kerja amali.
Langkah keselamatan
Terdapat beberapa amalan yang mesti dipatuhi apabila bekerja di bengkel kemahiran hidup. Amalan ini dipanggil 4M iaitu :
1. membersih : kebersihan yang perlu dititikberatkan adalah dari aspek fizikal, iaitu memakai pakaian yang sesuai, apron, dan berkasut getah. Kebersihan dari aspek fikiran (mental) ialah memberi tumpuan ketika menjalankan kerja di dalam bengkel. Di samping itu kebersihan bengkel juga perlu diutamakan. Penggunaan mesin penyedut hampagas dan mesin pemampat udara digalakkan kerana alatan ini berkesan membersihkan debu dan sisa-sisa kayu.
2. menyusun atur : alatan dan bahan hendaklah disusun dan disimpan di tempat yang telah ditetapkan. Ini memudahkan ia diambil dan disimpan semula selepas digunakan.
3. menilai : murid hendaklah membuat penilaian terhadap diri sendiri dari segi ketepatan langkah kerja, hasil kerja, dan keadaan tempat kerja untuk memastikan semua tugasan dilakukan dengan penuh sistematik.
4. mendisiplin : murid hendaklah sentiasa mempraktikkan peraturan keselamatan dengan mengikut langkah-langkah kerja yang ditetapkan dan menggunakan alatan tangan yang betul untuk melakukan sesuatu projek.
No comments:
Post a Comment